Gambar hiasan
Equine Fun Run 2.0, 24.10.26Larian 5KM & 2KM di Terengganu Equestrian Resort
Sabtu, flag off 7:00 pagi. Terbuka untuk umur 1 tahun ke atas. Medal ladam kuda untuk setiap peserta yang tamat.
Pendaftaran tutup 15 Oktober atau bila kuota penuh. 8 hari lagi. Pendaftaran telah ditutup. Jumpa di garisan mula pada 24 Oktober.
Pilih larian anda
Harga ikut potongan baju. Semua saiz XS hingga 7XL sama harga. Klik mana-mana harga untuk terus ke borang.
Setiap pakej termasuk baju rasmi, bib, medal (di garisan tamat), e-sijil melalui emel dan satu penyertaan cabutan bertuah. Bayaran melalui FPX atau DuitNow QR; caj perkhidmatan pembayaran, jika ada, dipaparkan sebelum anda membayar.
Kit perlumbaan
Semua kit diambil sendiri. Tiada penghantaran melalui pos.




Semua rekaan baju





Jadual perlumbaan
- TUTUP15 OKT
Pendaftaran ditutup, atau lebih awal jika kuota penuh
- KIT23 OKT
Ambil kit sendiri, 11 pagi hingga 9 malam
- FLAG OFF7:00 PG
Sabtu 24 Okt, Terengganu Equestrian Resort
- PENAMATMEDAL
Medal ladam kuda, kemudian cabutan bertuah
Daftar sekarang
Satu borang untuk seluruh keluarga, dalam 3 langkah. Bayar melalui FPX atau DuitNow QR. Masalah? WhatsApp 019-309 4490.
Memuatkan borang…
Laluan
Mula dan tamat di tempat yang sama, dalam kawasan Terengganu Equestrian Resort dan jalan sekitarnya.


Podium 5KM
Johan setiap kategori turut menerima trofi. Kategori veteran hanya ada hadiah johan. Umur dikira pada tarikh larian.
Setiap peserta berdaftar layak masuk cabutan. Bagi pemenang bukan Islam, hadiah ini diganti dengan pakej pelancongan yang setara nilainya. Tertakluk pada terma dan syarat.
Tiket ke Medan
Tiket penerbangan ke Medan, Indonesia
Basikal jalan raya
Road bike
Basikal gunung
Mountain bike
Jam Garmin
Jam GPS untuk larian
Syiling emas
Gold coin
Shokz
Fon kepala bone conduction
Kasut larian
Running shoes
Gambar hiasan sahaja. Model sebenar hadiah mungkin berbeza. Foto: Unsplash.
Bib wajib
Pakai nombor bib yang sah dan lengkapkan seluruh laluan.
Bawa pengenalan diri
Pemenang perlu tunjuk kad pengenalan atau dokumen sah untuk pengesahan umur.
Keputusan muktamad
Keputusan penganjur adalah muktamad.
Terma dan syarat
Dengan mendaftar, anda bersetuju dengan terma di bawah.
Kelayakan peserta
- Terbuka kepada warganegara Malaysia dan bukan warganegara.
- Peserta mesti berumur 1 tahun ke atas pada tarikh acara.
- Peserta bawah 18 tahun wajib mendapat kebenaran ibu bapa atau penjaga.
Pendaftaran dan bayaran
- Pendaftaran sah selepas bayaran diterima sepenuhnya.
- Yuran penyertaan tidak dikembalikan setelah pendaftaran disahkan.
- Pendaftaran ditutup pada 15 Oktober 2026 atau apabila kuota penuh, mana yang lebih awal.
- Bayaran melalui FPX atau DuitNow QR di hujung borang pendaftaran. Caj perkhidmatan pembayaran, jika ada, dipaparkan sebelum anda membayar.
Kit larian
- Setiap peserta menerima baju rasmi, medal (selepas tamat larian), bib, penyertaan cabutan bertuah dan e-sijil melalui emel.
- Ambil kit: 23 Oktober 2026, 11:00 pagi hingga 9:00 malam. Lokasi akan dimaklumkan oleh penganjur.
- Semua kit diambil sendiri. Tiada penghantaran kit melalui pos.
Keselamatan dan kesihatan
- Peserta bertanggungjawab sepenuhnya terhadap tahap kesihatan dan kecergasan diri.
- Penganjur tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kecederaan, kemalangan atau kematian sepanjang acara.
- Peserta digalakkan menjalani pemeriksaan kesihatan sebelum menyertai acara.
Peraturan larian
- Peserta wajib memakai bib rasmi sepanjang acara.
- Kenderaan bermotor dan basikal tidak dibenarkan di laluan larian.
- Penganjur berhak membatalkan penyertaan peserta yang melanggar peraturan atau berkelakuan tidak sopan.
- Baca dan teliti maklumat pakej sebelum membeli, terutama jika anda mahu bersaing untuk hadiah podium.
Penangguhan atau pembatalan
- Penganjur berhak menangguhkan, membatalkan atau mengubah laluan atas sebab cuaca buruk, faktor keselamatan atau keadaan di luar kawalan.
- Tiada bayaran balik jika perkara di atas berlaku.
Imej, data dan pelepasan tuntutan
- Penganjur berhak menggunakan gambar dan video peserta untuk promosi tanpa notis terlebih dahulu.
- Maklumat peribadi peserta hanya digunakan untuk pengurusan acara.
- Dengan menyertai acara ini, peserta bersetuju melepaskan penganjur daripada sebarang tuntutan, kerugian atau liabiliti yang mungkin timbul.
E-sijil dan pertukaran maklumat
- Pastikan nama penuh dan nombor kad pengenalan dieja dengan betul semasa pendaftaran untuk e-sijil.
- Perubahan maklumat selepas acara dikenakan caj RM2 bagi setiap permintaan melalui sistem e-sijil.
- Baca semua maklumat yang disediakan, termasuk poster rasmi, sebelum bertanya.